Nuffnang

Monday, 25 March 2013

Sukarelawan, here we go !


Assalamualaikum ...

MAJLIS PERASMIAN KOLEJ PROFESIONAL MARA 
AYER MOLEK MELAKA
&
KARNIVAL PENDIDIKAN MARA

 RABU :

Fana, Ilya, Dida, Hani, Fizah, Mimah, Nayli dan Hayy. Kami pelajar KPM AM mensukarelakan diri untuk menjadi sukarelawan di bahagian Logistik di bawah kelolaan Sir Syed, Ewahh ! Bayangkan semua perempuan and seorang laki, bayangkan macam mana kitaorang angkat meja, angkat kipas bapak besar tu, angkat kipas kecik, angkat khemah ! Haaaa, betapa banyak nyaa mata2 yang memandang kitaorang yang perempuan mengangkat meja kerusi semua tu and looks awesome beb ! Dah tu ada yang kata, eehh mana lelaki, takkan korang nie yang nak angkat benda nie semua. Okay, kami kuat tau *muka bangga, padahal ye ye je tu*




KHAMIS : tema tudung Orennnnnnn baju biru, ohsemmm right






Hari Rabu, Khamis kitaorang buat keja angkat angkat tu lah kan. Tapi tak banyak sangat lah, yang busy nye hari Khamis tu, the event of the day. Perasmian kolej by tan Sri Ali Rustam. Agak tak rasmi lagi ke woi ! Ehh, nie Tan Sri sendiri yang datang merasmikan sendiri. Mula mula datang dulu, bagi baucer buku and now rasmikan kolej pulak. Masa ucapan sepatah dua kata, kemain panjangnya ucap kata nye pun and ada juga kaitkan lah dengan politik. Apa kejadahnya terang politik kat kitaorang nie, tak masuk campur langsung lah kan. Ye ye kan je lah..

Abang Raja, Sir Syed, Abang Sharir, abang kamal, and abang ape ntah lagi tu aku pun tak sure nama deme semua. Dulu tak kenal pun abang2 nie semua, sekali bila dah berganding bahu memerah tenaga bekerjasama, baru lah ada kerja ada cakap cakap. Kesimpulannya, mengeratkan silarturahim antara satu sama lain. Bagus nie, kita kan 1 Malaysia. Ohh Yeah !


Dah semua perempuan, Sir Syed nak bagi buat kerja pun macam ye tak ye, ye lah dah lah perempuan kan. Kadang2 tak sesuai nak angkat angkat benda berat nie. Bahaya woi ! Maka, Sir panggi lah budak laki yang sukarelawan lain tu. Kitaorang senyum lebar je lah.. Thanks bro !!

Okay, time perasmian ramai lah yang datang kan. UniKL, Poly Tech, Giatmara, IKM Jasin, budak sekolah mana ntah, budak budak KPM lain, yang aku tau yang datang KPM Bandar Melaka je, yang lain no idea ! Bayangkan, first time kolej tu ramai orang datang, dah lah terceruk sikit, memang orang tak perasaan lah kan nak menjenguk masuk dalam tu.


Dengan pancaragam MRSM Serting, wataniah kolej lagi, kompang lagi, Fuhh ! bayangkan betapa meriah nya kolej time tu and we are happy !


Fuhhhh ! Done 

No comments:

Post a Comment

feel free to comment :)