Nuffnang

Thursday, 27 June 2013

Terserlah kecomelannya

Assalamualaikum ...



Hari nie tak payah jiwang jiwang lah ye, mari kita sihat dengan senang dan mungkin langsing dengan cara yang paling comel !

Setiap pagi lepas bangun pagi, sebelum pergi kerja, sebelum menjadi pelajar yang paling cemerlang, sebelum menjadi surirumah yang bertenaga dan sebelum semuanya terlambat, almost mesti akan minum susu *mana yang dah biasa minum susu*.  Eh, malam pun sebelum tidur pun minum susu kan. Eh, macam budak budak lah minum susu ! Eh, jangan lah minum susu budak budak tu, susu untuk umur kita macam nie adalah.

baca majalah pun boleh menyambil nyambil

" Tapi kan, brand apa yang baguih tu.. ANLENE ! What?! Nie bukan Anlene yang orang berumur punya, kamu minum lah yang umur 19 to 50 tahun. Kalau ada yang tak suka benci menyampah bau susu putih nie, jangan sedih sedih sebab Anlene nie ada yang cekelet *terpengaruh membe punya pasai* Bila cakap pasal harga, harga pasaran selalu RM 21.99 dan kalau ada promosi tu RM 19.90. Mahai tu, memang lah mahai tapi kalau untuk kesihatan, tak salah rasanya melabur.. "

ihsan dari google
ihsan dari google





Untuk yang dah berumur dan bakal berumur tu, ye kak minah kak bedah kak timah boleh lah mencubanya Anlene yang sesuai dengan umur ye. Bukan apa, kang kalau minum yang tak sesuai dengan umur kang *perasan muda pulak*. 

Susu tepung Anlene nie, tak boleh bancuh dengan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Bila air panas sangat, nanti berketul ketul tepung tu, kalau sejuk melampau lagi lah ketul ketul. Maka, penyelesaiannya gunakanlah air sejuk + air panas = air suam. So, boleh minum.. Bismillahhirohmanirohim 


ihsan dari google
Sepatutya dari muda dah dididik dengan mendekatkan diri dengan susu yang mempunyai kalsium yang bagus sangat untuk tulang. Alah, kalau susu je mesti tulang kan, asal tulang je susu.. Bila dah berumur sikit, tulang tu kuat lagi, kang tak ada lah terpeleot sana terpeleot sini. Kan........... Nana ingat lagi, time semester 2 kat kolej dulu, Hani selalu campur campur : anlene + milo + nestum + gula secubit = jadilah makanan yang paling sedap sekali. Sekali je, hihi. Dan sekarang dah terikut dengan perangai dia yang campur campur macam macam jenis bahan sampai dah tak jadi asal susu. Hukhuk ! 

Dan, kalau tak sempat nak breakfast yang sihat sihat tu, minum secawan Anlene pun dah blurp, kenyang alhamdullilah *tutup mulut* Kalau tak cukup secawan, minumlah duacawan dan mungkin bercawan cawan...

Setelah mensearch di KLIK SINI dan pendapat sendiri, maka terdapatlah beberapa kebaikan apabila kamu mengamalkan minum susu :

 cepat kenyang

 melindungi daripada kerosakan gigi dan kaviti *baik untuk budak budak*

 kalau nak diet tu, minumlah susu ye sebab susu tak gemok mana pun. Malah menyihatkan dan bertambah langsing *nak langsing*

 kalau nak anak cerdas pintar cemerlang gemilang terbilang, boleh lah start pegi supermarket beli susu ye. Masukkan sesudu serbuk badam yang telah dibakar dan blend halus, sesudu kecil madu. Amalkan setiap pagi dan malam. Biji badam memberi minda yang tajam dan memori yang sangat baik. *nak try lah*

 tulang akan sentiasa berada dalam keadaan sihat, macam ad makanan sampingan untuk tulang.

pagi tadi punya cerita 27/6/13



kredit to : KLIK



p/s : harganya tak lah mahai mana, untuk kesihatan kan.. 

2 comments:

feel free to comment :)