Assalamualaikum ...
Lama juga kan tak update blog, bukan apa pun. Sibuk dengan daftar semester 5 nie kan, sibuk sendiri je memanjang. *saya senior, hihi* Pejam celik pejam celik, dah semester 5 dan lepas tu praktikal lepas tu habis diploma. Kan pejam celik pejam celik, kejap dah nak 3 tahun diploma dekat Melaka tu.
Alhamdullilah semuanya berjalan lancar, harap segalanya mudah hingga akhir hayat. Aminn
Lepas daftar sem 5 tu, 4hb terus puasa 10hb kan. tahun lepas puasa di perantauan, dan tahun nie sekali lagi berpuasa di perantauan. ceh ! tak lah jauh mana pun Segamat Melaka tu, tapi dikira perantauan lah juga kan. Mar cerita satu2, sejak dah lama tak menaip nie kan. Nak bercerita je kejanya;
KOLEJ :
Daftar 4hb dan terus lah belajar macam biasa, dah kata senior. Takkan nak kena orientasi kan, start kelas pulak Isnin tu *kira lah sendiri, malas cek nak kira* Semua still sama juga, classmate, lecture tukar lah kan. Classmate berambah juga lah, dah tu dah ramai dalam kelas tu. Almost 26 orang, maybe class kitaorang nie best kot. DBS 5B ! Subjek tough tak tough juga lah, depends pada usaha kan. Subjek sem 5 kali nie;
- International Business by Madam Fazila
- Business Ethics by Madam Amalina
- Pengajian Malaysia by Sir Ierwan
- Management Information System by Sir Syzry
- Insurance and Takaful by Miss Miza Farahana
- Entreprenuership by Madam Rozaidah
* banyak wei, dah lah membaca je semua nie --' sabar je lah
Junior kat kolej, muka baik2 semua. ramah je senyum dengan Nana, tanya mana bilik lecturer, tanya sape nama lecturer tu lecturer nie *perempuan je yang tanya, hihi* lelaki tak dop pun yang tanya, takot agaknya tengok Nana. Dan satu Nana paling perasaan bila budak2 junior nie tengok kad matrik Nana, ingat Nana tak perasaan agaknya sampai mata tu kebawah tengok kad matrik ! Huahua !
asalnya bukan aku duduk belakang, tapi sebab lambat berebut dengan competitors lah nie ! |
RAMADHAN :
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
Tahun kedua Nana puasa di perantauan di Melaka dan merupakan tahun last berpuasa di perantauan selama diploma 3 tahun. Main masak2 kat rumah, pegi borong bazar dekat Duyung tu, alahai macam2 makanan ad. Kalau amalkan konsep, beli bila nak alamtnya semua nak kena beli. Sekali tu, Nana bawa Ringgit Malaysia 5. Sampa macam tu sekali nak borong bazar. Mana taknya, kemain banyak makanan minuman dekat bazar tu sampai rasa macam nak beli semua je. tapi ingat balik, itu semua NAFSU ! NAFSU ! bahaya betoi kan.
*mercun sana, mercun sini*
sambung ....
BF :
crush je, dan rasanya dia tau kot, hihi..
p/s: jom tido awal, nanti lambat bangun sahur pulak :)
No comments:
Post a Comment
feel free to comment :)